Monday, August 3, 2009

BUKU IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT EDISI KEDUA (DIKEMASKINI)


Buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa – Edisi Kedua” karangan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah dijual kepada orang ramai mulai 24hb. November 2008.



Buku Edisi Kedua ini adalah versi dikemaskini daripada Buku Edisi yang pertama.

Beberapa pembetulan telah dibuat dan juga tambahan doa-doa baru dimasukkan ke dalam buku edisi kedua ini. Diantara doa-doa terbaru yang dimasukkan adalah seperti berikut;

1. Doa Putus Cinta (Untuk Mengatasi Kekecewaan) – m/s 65
2. Doa Rawatan Terbakar & Melecur – m/s 94
3. Tambahan Doa kepada Pesakit Menderam – m/s 97
4. Doa Mengatasi Masalah Cemburu & Hasad Dengki – m/s 97
5. Kaifiat Bacaan Yaasin Untuk Rawatan Koma
6. Ayat-ayat Ruqyah Untuk Pengubatan dan Perlindungan dari Sihir – m/s 105
7. Doa Tahlil Arwah (Versi Tuan Guru) – m/s 109

Berikut pula adalah isi kandungan buku ini (Dari Edisi Pertama);

ISI KANDUNGAN BUKU

KATA PENERBIT
MUKADIMAH TUAN GURU
MEMULAKAN MAJLIS DENGAN SURAH AL-FATIHAH
SURAH YAASIN & TERJEMAHANNYA
BACAAN ASAS 10 PERTAMA
BACAAN ASAS 10 KEDUA
RANGKAIAN ZIKIR

DOA-DOA MUSTAJAB SELEPAS MAJLIS ZIKIR

(1) Selawat & Pujian-pujian kepada Allah di Permulaan Doa
(2) Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala
(3) Doa Mohon Kesembuhan Daripada Penyakit
(4) Doa Supaya Dimudahkan Segala Urusan
(5) Doa Mendiami Tempat Baru & Tempat Ada Gangguan
(6) Doa Supaya Dilapangkan Hati
(7) Doa Supaya Aman Daripada Gangguan Makhluk Halus
(8) Doa Mohon Rahmat Dan Keberkatan Sesuatu Majlis
(9) Doa Mohon Murah Rezeki
(10) Mendoakan Mereka Yang Akan Mengerjakan Haji
(11) Mendoakan Orang Yang Hilang Barang

PENDAHULUAN KEPADA IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT

BENTENG PERTAHANAN DIRI
(1) PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH
(2) PENDINDING DENGAN AL-MUAWWIZAT
(3) PENDINDING DENGAN AYATUL KURSI
(4) PENDINDING DENGAN SURAH YAASIN AYAT 1 ~ 9
(5) PENDINDING DENGAN DOA BERKUBU
(6) PENDINDING DENGAN AYAT PENGGERAK

KAEDAH RAWATAN PENYAKIT

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 1)

Doa Asma
Doa Bila Orang Datang Mengadu Sakit
Doa Barah
Doa Batu Karang
Doa Bisa (Bismillah Tujuh)
Doa Bismillah Lima
Doa Buah Pinggang
Doa Buasir
Doa Campak
Doa Darah Tinggi
Doa Demam Panas
Doa Gastrik
Doa Gigi Sakit
Doa Gusi Sakit
Doa Gusi Bengkak & Bernanah
Doa Gila Merian
Doa Jantung
Doa Kayap
Doa Kenan & Kecacatan Bayi
Doa Kencing Malam
Doa Kencing Manis
Doa Koma
Doa Lumpuh & Doa Angin Ahmar
Doa Sakit Mata Biasa (Merah & Berair)
Doa Sakit Mata Buta Seluang
Doa Sakit Mata Sebab Sihir
Doa Sakit Mata Tahi Berlebihan
Doa Nyanyuk
Doa Penyakit Yang Sukar Diubati
Doa Penerang Hati
Doa Penerang Hati - Elak Lupa

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 2)

Doa Hutang dan Murah Rezeki
Doa Keselamatan Diri & Harta Benda
Doa Kolesterol
Doa Mandul – Mohon Mendapat Zuriat
Doa Marah & Panas Baran
Doa Menghentikan Tabiat Jahat
Doa Pelembut
Doa Penahan
Doa Pendekat Jodoh
Doa Rawatan Ulangan
Doa Resdung
Doa Sakit Dalam Dada – Sesak Nafas
Doa Sakit Dalam Dada – Dada Berdebar-debar
Doa Sakit Kepala
Doa Sakit Perut
Doa Sawan Biasa
Doa Sawan Tangis
Doa Selsema
Doa Selusuh
Doa Sukar Bersalin
Doa Tidur – Gangguan Tidur
Doa Tidur – Terkejut Daripada Tidur

IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT (BAHAGIAN 3)

Doa Alih Hujan
Doa Bangun Tidur Mengikut Masa Yang Dihajati
Doa Bayi Songsang
Doa Dapat Anak Lelaki Atau Perempuan
Doa Darah Gemuruh & Fobia
Doa Gaut
Doa Histeria
Doa Istikharah
Doa Kanak-kanak lambat bercakap
Doa Menentang & Merawat Sihir
Doa Pemutus Susu & Henti Tabiat buruk
Doa Pemutus Ubat
Doa Pengasih (Ayatul Mahabbah)
Doa Penjaga Harta dan Ahli Keluarga
Doa Penunduk
Doa Sakit Pinggang
Doa Tahnik
Doa Telepathy
Doa Tercekik Tulang
Doa Tiup Pada Air
Doa Tulang Patah
Sayyidul Istighfar
Selawat Munjiyyah
Ucapan Syahadah Kepada Pesakit Menderam
Kaifiat Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang
Pesanan Penting Tuan Guru

BUKU TERKINI TUAN GURU DATO' DR HARON DIN UNTUK DIJUAL




Berikut dipetik Mukadimah Tuan Guru dari buku tersebut;

MUKADIMAH PENGARANG

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kami meminta pertolongan dalam urusan-urusan dunia dan akhirat. Selawat dan salam ke atas Rasul kami yang sangat amanah, penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah yang berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit yang disebabkan oleh jin dan sebagainya.

Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama’ lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefarduan kepada saya untuk menjelaskannya. Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

Masyarakat perlu didedahkan dengan maklumat daripada sumber yang sahih terutama sekali jika ia melibatkan soal aqidah.

Saya telah berusaha menjawab setiap persoalan dengan berlandaskan hujah-hujah yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith.

Kesemua jawapan ini sebenarnya merupakan respon saya kepada soalan yang diajukan melalui akhbar Harakah. Saya telah melahirkan hasrat saya kepada Ahli Jawatankuasa Darussyifa’ supaya koleksi soal jawab yang pernah tersiar dalam akhbar Harakah ini dibukukan.

Saya amat berharap usaha pembukuan soal jawab ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat bahkan saya berdoa moga buah tangan saya ini dapat mengurangkan seterusnya menghapuskan fahaman dan amalan khurafat yang masih berakar umbi di dalam masyarakat kita.

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Sempurna lagi Maha Benar, manakala yang salah dan silap adalah daripada insan yang bersifat lemah.

Semoga Allah SWT mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah SWT kita memohon rahmat dan berkat. Semoga Allah SWT sentiasa mengabulkan usaha kita dan menjadikannya sebagai amalan soleh.

Ikhlas daripada saya,

Dato’ Dr. Haron Din
Pengasas dan Penasihat Darussyifa’
30 Mac 2009M / 3 Rabiul Akhir 1430H

ISI KANDUNGAN BUKU INI
======================

BAB-1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
BAB-2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
BAB-3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
BAB-4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
BAB-5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
BAB-6: PERSOALAN UMUM
BAB-7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

===================

Harga jualan runcit buku ini ialah RM20 di Semenanjung Malaysia dan RM22 di Sabah & Sarawak.

Buku ini boleh ditempah daripada Ketua Pemuda : 019-3133003

Saturday, August 1, 2009

Suara Seorang Anak Tahanan Isa



MEMOIRKU DENGAN AYAH
Oleh Anfaal Saari
10 April 2001, jam 6.20 petang, sekali lagi merupakan detik hitam dalam memoirku dengan ayah. Terdahulu, Oktober 1998, merupakan kejadian yang agak trauma bagiku. Ayah ditahan polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam keadaan aku satu-satunya saksi di situ. Namun, pengalaman telah mengajarku menjadi lebih tabah. Pengorbanan ini dikira masih sedikit berbanding tokoh-tokoh awal seperti Syed Qutb, Imam Hassan Al-Banna, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi di Malaysia ini.
Tarikh 10 April 2001 menyaksikan tiada setitis air mata pun tumpah demi pengorbanan ayah yang tidak sia-sia. Pelukan dan dakapan terakhir ayah buatku masih sempat mengizinkan ayah membisikkan kata-kata,"Be strong", ketelingaku. Penahanan kali ini kurasakan berbeza sekali. Semacam ada kekuatan yang Allah anugerahkan sehingga dengan beraninya kulaungkan, "Reformasi!", berulang-ulang kali di hadapan polis tatkala ayah dibawa masuk ke dalam kereta Wira berwarna putih.(Mungkin disebabkan inilah aku agak paranoid dengan kereta Wira berwarna putih).
Siapakah ayah? Ayah yang kukenal gigih orangnya. Apa yang ayah lakukan diberikan penumpuan sepenuhnya. Dedikasi ayah dalam perjuangan, tidak kira ketika menerajui JIM 1990-1999 mahupun dalam era reformasi, menyebabkan kami adik-beradik menjadikan ayah sebagai model kami.
Biarlah apa yang ingin difitnah kerajaan, namun aku lebih mengetahui betapa jujurnya ayah dalam perjuangan ini. Ayah yang kukenal, tidak suka budaya kerja yang tidak telus. "Be transparent!. Buat apa nak sorok-sorok!" Adakah ini orangnya yang merancang penggulingan kerajaan ala militan dan secara bawah tanah?
Semangat perjuangan ayah tidak pernah pudar. Pernah dalam satu perbincangan kami tentang masa depan saya selepas graduasi universiti berbincang soal perjuangan. Kata ayah,"Kesenangan dan kemewahan menjadikan kita sukar untuk berkorban dan berjuang. Kalau bukan kita yang bekerja menumbangkan kerajaan, siapa lagi?"
Ayah memang sudah menjangka penahanannya dan memberitahuku hampir sebulan sebelum tarikh keramat 14 April. Kata ayah, "Kali ni tak nak nangis-nangis."
Mungkin sudah menjadi sunnah orang berjuang, pelbagai dugaan yang kami sekeluarga hadapi. Perlu lari ke sana ke mari, rumah dimasuki perompak, digeledah polis seolah-olah kami tiada hak lagi untuk mempertahankan kediaman sediri. Apa yang pasti, ayah tetap teguh dengan pendiriannya yang sentiasa berpegang pada prinsip keadilan. Keluarga tidak menjadi penghalang. Oleh itu, sering ayah kelihatan menjaga hubungannya dengan Allah, mungkin sebagai persediaan membina kekuatan jiwa. Ayah jarang sekali meninggalkan qiamullailnya. Hampir setiap masa di rumah, ayah gunakan untuk membaca al-Quran. Kini terbayang-bayang ayah duduk bersila di ruang legar tingkat atas rumah kami membaca al-Quran besarnya. Isnin dan Khamis, jika ayah tidak sakit, ayah akan berpuasa sunat. Waktu petang, ayah akan perutukkan masa untuk berjogging dengan mama atau bermain badminton dengan adik-adik. Jika berkesempatan pada hari-hari tertentu, ayah akan pergi memancing ikan (hobi kegemaran ayah), katanya untuk tenangkan fikiran. Kalau ayah tidurpun, selalunya banyak ilham yang ayah dapat untuk menulis.
Cara ayah memimpin dan berorganisasi biasanya disalurkan melalui tulisan yang dihantar melalui e-mel. Berjam-jam ayah duduk di hadapan komputernya, memeriksa e-mel dan membalas satu persatu perkara. Adakah begini orangnya yang bertindak ala militan, wahai tuan IGP?
Sering saya berdoa agar Allah beri kekuatan pada ayah menghadapi dugaan ini. Doa saya juga agar Allah beri kekuatan pada kami sekeluarga. Alhamdulillah, ayah dianugerahkan isteri yang cekal. Mama tidak pernah menangis. Tidak pernah saya lihat air mata mama dititiskan, dahulu mahupun sekarang. Namun, jika setitis air mata mama tumpah, saya akan tuntut pembelaan, jika tidak di dunia.....PASTI di akhirat.
Saya rasakan memoir dengan ayah amat berharga. Tidak cukup untuk diungkap dalam bentuk tulisan. Sepanjang 21 tahun ini terlampau banyak yang saya pelajari dan titipkan pengalaman dari seorang insan pejuang, Haji Saari Haji Sungib, mangsa ISA 2001 dan ayah kami tersayang. Andaikata ayah gugur, doa saya biar ayah pergi sebagai orang syahid. Biar gugur seorang, muncul lagi seribu pejuang.
Ayuh anak muda! Bangkitlah....sebarkan tentang hak kita semua, bebas bersuara, bebas dari ISA (akta kuku besi).


21 April 2001
Anfaal Saari Anak Sulung Hj. Saari Hj. Sungib

Friday, July 31, 2009

PENUNDAAN TARIKH REHLAH

Assalamualaikum... Tarikh Rehlah ke KK ditukar pada 31hb Oktober hingga 2hb November 2009. Bagaimanapun aturcara dan tempat penginapan masih kekal.

Wassalam.

Thursday, July 30, 2009

Pemuda Pusat


MAKLUMAT REHLAH KE KOTA KINABALU, SABAH

Berikut adalah serba sedikit berkenaan program Rehlah tersebut:

17hb Oktober (Sabtu)

10.30 pagi - Berkumpul di Kelab Pewaris, Bilik JKKK, Kg Melayu Subang

10.45 pagi - Taklimat oleh Ketua Pemuda/Setiausaha PCKMS

- Doa Selamat oleh Penolong Setiausaha PCKMS

11.00 pagi - Berangkat ke KLIA

2.00 ptg - Penerbangan berlepas dari KLIA ke Kota Kinabalu dengan Pesawat Airbus A330

4.35 ptg - Tiba di Kota Kinabalu

- Check-in di Hotel Grand Borneo (http://www.grandborneohotel.com/)
3 Org satu bilik

7.30 ptg - Berkumpul Makan malam di 1Borneo (Kos Sendiri-sendiri)

9.30 mlm - Bicara Pemuda

18 Oktober 2009 (Ahad)

8.00 pagi - Bertolak ke Gunung Kinabalu, Air Panas Porim dan Menimba Pengalaman di
Kawasan Terpencil Sabah.

5.00 ptg - Bersantai di tepi Pantai Kota Kinabalu

9.30 mlm - Bicara Pemuda

19 Oktober 2009 (Isnin)

8.00 pagi - Berjalan sekitar Bandar Kota Kinabalu

- Pasar Basah KK (Sesiapa yang ingin membawa pulang ikan/udang segar)

- Pasar Filipina

2.00 ptg - Check-out dari Hotel

- Acara bebas

5.00 ptg - Bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu

7.30 ptg - Penerbangan pulang ke KLIA dengan Pesawat Boeing B777

1000 mlm - Tiba di KLIA

PERINGATAN:

1. Sila pastikan saudara tidak tertinggal Kad Pengenalan Diri Semasa Ke Sabah!!
2. Sesiapa yang membawa anak berumur 12 tahun ke bawah, sila bawa bersama sijil kelahiran anak tersebut.

Wednesday, July 29, 2009

LAWATAN/REHLAH KE KOTA KINABALU

  • Insya Allah, Pemuda PAS Cawangan Kg. Melayu Subang akan menganjurkan siri lawatan ke Kota Kinabalu pada 17hb Oktober sehingga 19hb Oktober 2009.
  • Kos lawatan tersebut adalah sebanyak RM375 termasuk penginapan, pengangkutan dan tiket penerbangan.
  • Kepada ahli-ahli yang berminat, tempahan sebanyak RM200 perlu dibayar kepada Ketua Pemuda / Setiausaha PPCKMS sebelum 1 Ogos 2009.